Entry: Singapura Wednesday, January 21, 2009






Ini gambar di ambil semasa aku masih menetap di Singapura. Mungkin tahun terakhir aku di sana. Kalau tak silap masa aku primary 5 atau primary 6. Mereka mereka ini semua adalah anak anak kakitangan kedutaan Malaysia di sana. Gambar ini kalau tak silap aku diambil di hadapan underwater world.

Dulu aku sekolah di Queenstown Primary School se awal primary 1 sampailah pertengahan primary 6. Tak sempat habis primary 6 sebab ayah aku dipanggil pulang. Jadi selepas itu aku masuk pula SK La Salle Petaling Jaya. Beberapa hari lepas masuk ke sekolah baru, bermulalah peperiksaan pertengahan tahun.

Selepas exam result keluar.


Pengetua kata, faiz how was your exam result? You sure got A for your english right.

Opps. Tidak tidak puan aku kata. Saya dapat bahasa melayu A. English I got only B.

Dia terdiam lalu pergi. Dan paling menarik bila keluar result UPSR aku dapat 4A dan 1B. Yaa english aku dapat B. Orang ketawakan aku.

Dalam hati aku berbisik. Ya. Aku tidak fasih english. Tapi siapa pedulikan kan.


Mengenang kembali masa lampau, kadang kadang terasa rindu hendak kembali ke zaman kanak kanak. Tak ada masalah. Yang ada dalam kepala otak hanyalah enjoy makan tido dan seterusnya enjoy. Yaa aku rindu Singapura. Ayah bilang tempat itu dah banyak berubah. Mungkin. Satu hari aku akan ke sana dan mengetahui keadaannya.

Kalau kalian mahu meneka, cuba teka dimanakah aku? Siapa dapat jawab dengan betul, aku belanja ais krim.

   3 comments

ili nadrah
February 1, 2009   02:07 AM PST
 
ais krim je?? x mencabar lgsg..
Faiz Mutalib
February 4, 2009   12:32 PM PST
 
Haegen dunsk... tah apa eje tah. Lol. taknak ke?
malaysia web design
July 2, 2009   03:24 PM PDT
 
RAMAI NYA SAUDARA

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments