Entry: Haji Perpisahan Wednesday, January 21, 2009




Pada tahun ke-10 hijrah, Nabi Muhammad melakukan Haji Wada', iaitu haji yang terakhir dilakukan dalam hayat beliau. Kesempatan haji ini penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Muhammad memberikan pesanan pesanan kemanusiaan yang bermakna untuk seluruh manusia.

Di samping itu, Haji Wada', adalah haji perpisahan Nabi Muhammad dengan umatnya, di mana beliau menyampaikan salah satu kata kata Allah melalui surah al-maidah, ayat 5. Ayat ini yang menandakan kesempurnaan Islam sebagai wahyu daripada Allah. Berikut dikutip teks khutbah Nabi Muhammad yang terakhir di Arafah.


"Wahai umat manusia, perhatikanlah pesananku ini. Aku tidak yakin aku dapat bersama kalian selepas tahun ini. Ingatlah, kamu sekalian mesti sentiasa menghadapkan diri kepada Tuhanmu yang memerintahkan kamu menyembahnya dalam seluruh aktiviti hidupmu."

"Wahai umat Islam, kamu mempunyai hak ke atas isteri isterimu, demikian pula isteri isterimu mempunyai hak ke atas kamu sekalian. Sesungguhnya kamu menjadikan mereka sebagai isteri atas nama Allah. Maka layanlah mereka dengan hukum hukum Allah. Peliharalah hamba hambamu dengan makanan yang engkau makan, berikan pakaian sebagaimana yang engkau gunakan. Apabila mereka melakukan salah sehingga kamu tidak mahu memaafkannya, hendaklah engkau melepaskannya. Mereka juga adalah hamba hamba Allah sebagaimana dirimu juga yang tidak boleh diperlakukan secara sesuka hati."

"Wahai umat Islam, ingatlah pesanan pesanan ini dan sedarilah,semua umat Islam adalah bersaudara. Maka haram bagi kamu mengambil kepunyaan saudaramu kecuali mereka berikannya dengan tulus, jauhkanlah dirimu daripada perbuatan zalim."


Nabi Muhammad mengakhiri pesanan pesanan itu selepas menerima wahyu terakhir di tempat itu. Wahyu ini dipetik daripada surah al-Ma'idah, ayat 5,


"Pada hari ini, aku sempurnakan agamaku untuk kamu sekalian dan aku sempurnakan pula nikmatku untukmu dan aku rela Islam menjadi agama kamu sekalian."


Selepas dua bulan berikutnya, Nabi Muhammad memerintahkan utusannya supaya menyebar kan Islam ke beberapa wilayah perbatasan Syiria dengan melantik panglima Usamah bin Zaid. Belum sempat misi ini berakhir Nabi Muhammad jatuh sakit selama 11 hari. Akhirnya baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah Aisyah pada 8 Jun 632 M. Jenazah baginda dimakamkan di rumah itu dan kini termasuk dalam kawasan Masjid Nabawi di Madinah.

Sumber Buku: Jatuhnya Sebuah Tamadun, menyingkap sejarah kegemilangan dan kehancuran empayar khalifah islam oleh Mohamad Nurhakim, m/s 40-42.


*****

Aku bukannya sempurna. Sama seperti kamu. Sering melakukan kesalahan demi kesalahan. Tetapi aku percaya. Di dunia ini haruslah kita semua melakukan kebaikan. Lakukan kebaikan lebih daripada melakukan kejahatan. Kebaikan itu menguntungkan semua pihak. Mudah mudahan. Yang baik itu datang dari Tuhan dan yang jahat itu datang dari manusia sendiri.

   1 comments

malaysia web design
July 2, 2009   03:50 PM PDT
 
aku suka cerita ni

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments